Pengenalan







Objektif Program

Dengue Patrol adalah sebuah program yang bertujuan untuk mendidik dan menyemai nilai tanggungjawab di dalam diri kanak-kanak sejak muda supaya dapat memahami risiko demam denggi dan bagaimana untuk menanganinya.


Program ini juga bertujuan untuk memperkasa murid-murid  sekolah yang mudah terdedah kepada risiko denggi dengan mengambil langkah proaktif di dalam pencegahan denggi dan juga sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti mereka.

Matlamat Program

1. Platform untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap cara-cara pencegahan denggi dan membasmi nyamuk aedes di kalangan sekolah rendah dan sekolah menengah khasnya dan masyarakat amnya.

2. Meningkatkan kesedaran bahawa usaha pencegahan denggi memerlukan penglibatan proaktif seluruh masyarakat terutamanya generasi muda menerusi program yang menyeronokkan dan bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

LAPORAN GOTONG-ROYONG

LAPORAN SENI PERSEMBAHAN

AKTIVITI GOTONG ROYONG