Nyamuk Aedes

Kenali Nyamuk Aedes
1. Mempunyai satu atau lebih jalur putih di atas belakangnya atau dadanya
2. Dikenali dengan belang hitam-putih di kakinya
3. Biasanya menggigit pada waktu siang ( awal pagi dan senja )
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika.
Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak
menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya
seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di
Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar
denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa
kira-kira satu minggu.
Tabiat nyamuk aedes
·
Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan
kakinya
·
Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
·
Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau
luar rumah
Tempat pembiakan nyamuk aedes
Dalam Rumah :
·
Akuarium
·
Perangkap semut
·
Timba
·
Kolam (Kolah) mandi
·
Tempat air peti sejuk
·
Tempayan
Luar Rumah :
·
Tayar buruk
·
Tempurung kelapa
·
Botol/gelas pecah yang mengandungi air
·
Salur air hujan
·
Tempayan
·
Pokok pisang
·
Pokok keladi
·
Longkang yang tersekat
·
Tangki septik (terdedah)
Pencegahan pembiakan nyamuk aedes
1.
Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu
dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2.
Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan
gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
3.
Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk
daripada bertelur
4.
Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam
tong sampah atau ditanam
5.
Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun
yang menyekat air daripada mengalir
6.
Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk
mencegah pembiakan nyamuk
7.
Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana
akan memakan jentik-jentik.
8.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam
semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.
Comments
Post a Comment